Sunday, October 24, 2010

25th October 2010

Selamat pagi Malaysia! Oh pada pagi ini, saya ingin menaip tentang sesuatu yang 'rare'. Saya sebenarnya rindu nak pergi sekolah. Wowwww! Masuk kelas pastu letak kepala atas meja sementara nak tunggu cikgu masuk. Tapi selalunya, kejap je saya letak kepala atas meja. Sebab selalunya, saya akan bangun pastu saya cari classmate saya yang bawa bekal and tengah makan haha. Mintak sikit je sebagai alas perut wakaka. Kadang-kadang saya ajak kawan sebelah saya, Aina pergi kantin kejap beli karipap, tak pun saya ajak Aina pergi padang kat taman yang dekat dengan sekolah tu. Nak beli nasi lemak hehe. Disebabkan saya pergi sekolah pukul 6.40 kan, yela sebenarnya nak hantar kakak saya yang sekolah dekat Sigs. Sigs kan jauh dari UDA, so kena lah gerak awal kan. Tapi tergerak lambat so takut tak sempat nak pergi sekolah saya, jadi mama hantar saya dulu. Ok mana perkataan sekolah???? Tak jumpa pun?


Okay sambung balik, lagi saya rindu nak belajar math. Pastu terlopong sebab tak faham haha thank god teacher saya baik haha. Tak faham, kita tanya lagi ah. Rindu nak buat algebraic expression, algebraic formulae. Yang factorizekan. Oh bestnya. Dulu, bukan main lagi nak habis PMR cepat-cepat. Sekarang?? Gedik pulak nak rindu-rindu hahaha lol. Oh lagi saya rindu nak makan mihun sup. Sambal kicap kantin selalu tak pedas, kicap je lebih. So kena ah letak 3, 4 sudu jugak en baru lah terasa bahangnya hahaha. Oh lagi, saya rindu nak beli air cincau dekat koperasi. Dengan cloud 9 sekali. Awh, nak pergi sekolah lah esok. Hohohohoho jadi sebelum saya pergi, saya ingin meng-upload satu eh salah 2, 3 jugak lah kan gambar saya di sekolah.

Tadaaa!

Oh my lepas nak dekat setahun sekolah baru perasaan lencana sebenarnya dijahit dengan kedudukan yang tak center. Malu siot! Takpe ah sekolah je hahaha padahal bengang ni wakaka. Ok sampai disini sahaja post saya yang 'rare'. Bye.